di mana harus aku cari kekuatan itu....Ya Allah...bantu lah aku...
pagi yang di mulai dengan keceriaan, di sekat dengan sebuah duka...
tangan, kenapa kau gatal sangat untuk melihat semua tu...kenapa kau gatal sangat sehingga kau mengirimkan sms kepada dia???
aku tidak bersalah...kau tanya la kepada akal..kerana aku hanya mengikut arahan akal fikiran sahaja
akal, ape yang kau cuba fikirkan?? ape yang kau cuba lakukan..pernah kah dikau terfikir kan kesan nya kepada hati..tidak sayang kah kau kepada hati yang nan satu itu???
kenapa aku yang di persalahkah??? ia datang tanpa di undang dalam minda ini...semestinya aku kasihan kepada hati..kerna aku tau ia menderita..tapi aku tiada pilihan...kerana aku memahami ape yang hati ingin kan...
wahai hati...bertahan la...jangan biarkan segala yang jahat itu memenuhi ruang hati mu...
Ya Allah
aku lemah...lemah sangat ketika ini
pabila terlihat gambar housemate ketika belajar dulu mengikat tali pertungan, hati menjadi terlalu tersentuh...menjadi terlalu sebak..segalanya berubah dalam sekelip mata...hilang semua senyum tawa yang terhias di wajah ini sejak dari pagi
kawan ku, tahniah...semoga pertunangan kamu akan kekal sehingga ijab kabul dan sehingga akhir hayat kamu berdua..walau ade rintangan, kamu tetap bersatu..itu jodoh kamu..dan ein akan mendoa kan yang terbaik buat kamu...alangkah lega nya andai aku dapat meluah kan segalanya kepada kamu..agar beban di bahu ni dapat di kurangkan...tapi, aku tidak terdaya
mr.N........
mengapa kau pergi di saat aku memerlukan mu
mengapa kau menghilang di saat aku menyandar kan segala harapan pada mu
setianya aku di sini umpama sesetia nya sang pantai menanti ombak tanpa mengira waktu
hati...jangan la kau merintih lagi..pasti ada bahagian buat diri mu..terus lah bertahan..berdoa..
aku tak mampu membendung lagi airmata ni...aku tak mampu lagi menahan kesedihan ini










