Thursday, January 10, 2013

isu sensitif

diary miszgarfien




kesihatan masih lagi belum pulih sepenuhnya....insyaallah, akan sihat la nanti....

ok.....after waktu lunch tadi...tengah borak2 dengan team unit, ntah mcam mana timbul perselisihan faham antara 2 orang budak lelaki ni...mula2 elok je bercerita dan bergurau

isunya, berkenaan anak.....

si A baru je berkahwin lepas raya tahun lepas...dengan bangganya dia bagitau pada si B yang wife dia dah pregnant....si B kata Alhamdulillah, syukur rezeki.....kemudian si A ni berkata sesuatu yang tak baik.....tak perlu la nak citer detail....si B masih mampu menahan sabar...tapi si A seperti ingin membakar lagi keadaan yang sedia tegang....si B hilang sabar dan bercakap sesuatu demi mempertahankan dirinya...

hampir2 si A menumbuk si B....memang cemas la kalau mereka bergaduh...boleh di kenakan tindakan tatatertib lak nanti...mujur la mereka dapat dileraikan....hanya kerana mulut, hampir2 bergaduh sesama sendiri...isu yang sensitif, jangan la dibuat main....anak tu kan kurniaan dari Allah....kalau belum ada rezeki, nak buat macam mana...kena la jaga hati orang lain

Alhamdulillah....setengah jam selepas tu, mereka bersalaman dan berbaik semula...kita diberikan akal untuk berfikir sebelum bercakap....gunakan la akal tu dengan sebaik mungkin....





0 org kwn gapil on "isu sensitif"

 

salamesrabadie | bLog cik gApiL Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal